NOVEL TAHAJUD CINTA
Tajuk
: Tahajjud Cinta
Penulis:
Muhammad El-Natsir
Terbitan:
GQ Communication Sdn Bhd
Sinopsis
Kisah
seorang pemuda yang terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi roda tiga di kota
Jakarta demi menampung hidupnya dan kehidupan adik2nya yang hendak belajar.
Fatih sentiasa mengerjakan solat secara berjemaah disamping mengerjakan solat
tahajjud setiap malam dan mengikuti kelas pengajian di Masjid di mana di
bertemu dengan seorang gadis yang sedang dalam pengajian dan menulis jurnal.
Nisa tertarik dengan Fatih dan membuat temujanji dengannya untuk meminta
pandangan terhadap tesis yang dibuatnya.
baca selengkapnya
Nisa
anak seorang bisnesman, dan punyai harta, serta memandu kereta sendiri. Dia
mulai tertarik dengan keperibadian Fatih, sedangkan Fatih pula cuma seorang
pemuda miskin, yang terpaksa menangguhkan pengajian tahun akhirnya di
Universiti kerana kekurangan dana.
Dalam
perjalanan untuk memenuhi janji Nisa, Fatih membawa penumpang gadis Cina
bernama Lycen Cee, dan berlaku tragedi ragut, ketika Lycen Cee kembali dari
mengeluarkan wang di ATM. Sedang waktu itu Fatih menunggunya, dan Fatih
mengejar peragut tersebut sehingga ke pasar. Sewaktu di pasar, berlaku
kekeliruan, di mana Fatih pula yang dituduh menjadi peragut, sehingga dia
dibelasah teruk hingga tidak bermaya, dan hampir sahaja dibakar hidup-hidup,
tetapi sempat di bantu oleh Lycen Cee dan rakan-rakan sekerja teksinya.
Ketika
dirawat di hospital, dia melarikan diri, kerana merasakan dirinya tidak mampu
lagi untuk membayar kos rawatan di hospital, sedangkan segala kos telah pun di
biaya oleh Lycen Cee. Lycen Cee merasakan terhutang budi pada Fatih kerana
ingin menyelamatkan dompetnya, dia sanggup menggadaikan dirinya. Dalam
perjalanannya ingin pulang ke rumah, Nisa dan teman lelakinya Reno, ternampak
kelibat Fatih, lalu menghampirinya. Nisa merasa kasihan dengan Fatih lalu
mengajaknya tinggal di rumah Reno. Reno pula cemburu, kerana Reno menyimpan
hati dengan Nisa, dan dia berpura-pura baik. Nisa pula percaya sepenuhnya pada
Reno, kerana dia diberitahu yang Reno dalam usaha untuk meneruskan pengajian
syariahnya di Morocco.
Tiba
di rumah Reno, setelah Nisa pulang Fatih dibelasah dan didera, sehingga hampir
pengsan. Reno memanggil konco-konco nya yang dua orang untuk mengangkut Fatih
dan membuang badannya ke sungai. Fatih yang masih dalam keadaaan tidak sedarkan
diri, dibalut dan diperosok kedalam but kereta. Ketika itu Fatih tersedar, dan
terdengar suara peragut Lycen Cee tempohari. Rupa-rupanya dua orang peragut
tersebutlah konco-konco Reno. Ternyata Reno bukanlah seorang yang baik.
Konco-konco
Reno tersebut membuang badan Fatih ke dalam semak untuk memudahkan kerja-kerja
mereka. Setelah memastikan tiada lagi sebarang suara, Fatih dengan
susahpayahnya merangkak keluar dan ternampak sebuah rumah usang. Dia cuba
meminta pertolongan di rumah tersebut, dan yang keluar dari rumah tersebut
adalah seorang anak gadis kecil yang pernah Fatih temui sewaktu bekerja roda
tiga. Anak gadis tersebut tinggal pula bersama seorang nenek tua. Di situ Fatih
dirawat hingga sembuh dengan seadanya oleh nenek tersebut dan anak gadis itu.
Fatih berasa terharu, dan dia bersyukur kerana Allah swt menyelamatkan nyawanya
ketika di saat dia hampir-hampir tiada nyawa lagi. Fatih berjanji dia akan
berusaha untuk membantu nenek tersebut dan anak kecil itu apabila dia bekerja
kelak.
Setelah
sehat, Fatih kembali ke kampungnya untuk melawat ayah dan adik-adiknya. Dalam
perjalanan pulang dia bertemu dengan seorang lelaki besar berjubah dan
berjambang yang duduk disebelahnya di dalam bas, dan seorang gadis yang
kasihankan dirinya yang tidak makan, lalu berkongsi roti dengannya. Setelah
bertemu ayahnya, dia berjanji akan mencari pekerjaan lain kerana dengan memandu
teksi dia tidak mendapat pendapatan tetap. Dalam perjalanan pulang ke kota,
ketika sedang minum-minum di sebuah kedai makan, tiba-tiba datang pengutip
cukai kedai. Mereka cuba membuat kecoh di situ, lalu Fatih dan rakannya
menenangkan keadaan. Ternyata Fatih mempunyai ilmu silat untuk mematahkan musuh
dengan mematikan urat. Pemilik kedai makan itu pula adalah gadis yang ditemui
di dalam bas tempohari. Gadis tersebut meminta Fatih menjadi penjaga kedainya,
tetapi Fatih tidak mahu, dia minta menjadi pencuci pinggan di kedai.
Fatih
singgah di masjid Istiqlal dan sentiasa berjemaah di sana, dia meminta imam
disitu mengambilnya menjadi pencuci di masjid. Setelah imam tersebut
bertanyakan pengalamannya dan keadaannya, imam tersebut memintanya menjadi
tenaga pengajar kelas pengajian anak kecil di masjid tersebut. Fatih
menerimanya dengan besar hati.
Sementara
itu, Lycen Cee mencari-cari dimana Fatih melarikan diri, dia mencari di tempat
tinggal Fatih, iaitu berdekatan dengan rakan-rakan teksi roda tiganya dahulu.
Rakannya ada beritahu yang Fatih dalam perjalanan menemui Kharionnisa. Lycen
Cee merasakan pernah dengar dengan nama tersebut, dia lalu balik kerumah dan
menyelongkar buku nostalgia kenangan sewaktu bersekolah rendah, ternyata ada
rakannya yang bernama Khaironnisa, dia cuba mendail rumah tersebut, dan berjaya
menemui Nisa. Mereka berdua bercerita perkara yang sama, lalu mereka berdua
pergi ke rumah Reno. Waktu itu, Reno sengaja ingin memerangkap gadis berdua
tersebut dengan meletakkan pil khayal. Niat Reno untuk memuaskan nafsunya
dengan gadis2 tersebut ternyata tidak berhasil, Allah menyelamatkan gadis-gadis
tersebut, kerana gelas yang berisi air itu tersalah.
Gadis-gadis
tersebut melarikan diri, apabila melihatkan keadaan Reno yang tidak siuman
setelah meminum gelas berisi pil khayal yang dibubuhnya sendiri. Mereka berdua
pasrah kerana tidak tahu kemana pergi nya Fatih, yang menurut Reno, Fatih
keluar dan tidak kembali.
Lycen
Cee pulang dengan hampa, sementara itu Lycen Cee pula telah direncanakan oleh
kedua orang tuanya untuk dikahwinkan dengan anak pemegang saham terbesar
syarikat milik ayah Lycen Cee. Namun setelah berlaku insiden dimana lelaki
tersebut cuba memperkosa Lycen Cee di rumah kosong milik hartawan tersebut,
keluarga Lycen Cee tidak lagi mahu ada hubungan dengan pemegang saham tersebut,
dan mereka pula menarik semua saham-saham di dalam syarikat ayah Lycen Cee.
Ayah Lycen Cee tidak mungkin mahu mempertaruhkan maruah anaknya demi perniagaan.
Biarlah apa pun terjadi, namun maruah keluarga adalah yang pertama.
Hati
Lycen Cee pula sudah terpikat dengan Fatih. Setiap pagi dia mendegarkan azan
subuh, dan dia terpikat dengan suara yang berkumandang. Lalu dia pergi ke
masjid, dan ternampak kelibat Fatih. Lycen Cee terpikat dengan Islam dan
akhirnya dia menjadi murid kelas pengajian Fatih bersama anak-anak kecil.
Lycen
Cee pula bercerita tentang Nisa pada Fatih. Lalu Fatih membuka cerita tentang
Reno. Lycen Cee mendapat kad jemputan perkahwinan antara Nisa dan Reno. Fatih
terpaksa memberitahu Lycen Cee bahawa Reno adalah seorang penipu dan ingin
menipu Nisa serta keluarganya. Mereka berdua akhirnya berkejar ke rumah Nisa
saat perkahwinan di langsungkan. Nisa kelihatan gembira, tetapi Reno panik, dia
menghubungi konco-konco nya datang untuk membunuh Fatih dengan menembak Fatih.
Berlaku keadaan kelam kabut di majlis perkahwinannya dan Fatih tertembak di
bahagian dada, lalu koma di hospital.
Lycen
Cee, yang baru sahaja memeluk agama Islam, kerap juga mendengar nasihat dari
FAtih tentang solat tahajjud yang tidak pernah ditinggalkan Fatih. Dia pergi ke
surau hospital dan memohon pertolongan dari Allah swt. Saat itu juga, datang
seorang lelaki besar berjubah dan berjanggut mendermakan darah yang diperlukan
Fatih. Apabila ditanya, ternyata lelaki tersebut memang mengenali Fatih di
dalam bas tempohari.
Fatih
selamat, Nisa tidak jadi bernikah dengan Reno, kerana Reno ditangkap polis,
setelah disiasat ternyata Reno lah kepala peragut di sekitar bandar tersebut.
Lycen Cee bernikah dengan Fatih.
-TAMAT-
Sumber
: http://novelmalay.blogspot.com/
0 kritik dan saran:
Posting Komentar